Rabu, 21 Mei 2014


SENI GAYUNG MUHAMMAD

AYUH SAMA-SAMA KITA MENGENALLI TOKOH-TOKOH SILAT YANG TERKENAL DIMALAYSIA. DISINI SAYA AKAN MENGEMUKAKAN 4 ORANG TOKOH SILAT YANG TERKENNAL DI MALAYSIA:
  1. Tn. Guru Aminuddin bin Haji Anuar








               Guru Utama PSGFM adalah Tn. Guru Aminuddin b. Haji Anuar. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia. Merupakan ahli seumur hidup PSGFM (No. Ahli: 1400) sebelum dipilih menerajuinya berdasarkan karakter, kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam dunia persilatan.


               Pemilihan beliau selaku Guru Utama pernah dihasratkan oleh Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab semenjak tahun 1999 lagi. Naman disebabkan pendirian beliau yang menghormati Allahyarham sebagai pemimpin utama sebuah persilatan yang masyhur ketika hidupnya, beliau hanya menerima tugas ini setelah ketiadaan beliau. Tugas ini diterima dengan penuh sabar dan amanah dalam meneruskan kesinambungan seni silat melayu warisan bangsa Malaysia ini. Bak kata pepatah ‘patah tumbuh, hilang berganti’.

               Beliau kini telah mendirikan rumah tangga dengan Pn. Majnah Abdillah dan beralamat di Sandakan, Sabah. Sebelum menerima jawatan ini beliau pernahbertugas dalam bidang perniagaan, dan perkhidmatan  seni silat professional. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beliau:

 
Pengalaman Bertugas:

1. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Kuala Lumpur (Graphic Artist) -1991/95
2. BOLD PLATFORM (Computer Graphic, Artist) -1995
3. SMART READER, English Children’s Books (Illustrator and Computer Artist) -1996
4. UTUSAN MALAYSIA BERHAD (Computer Graphic, Artist) -1997
5. TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD (Insurance Agent Life/General) -2003/05



Pendidikan:

1. SIJIL RENDAH PELAJARAN —1986 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor).
2. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA -1989 (S.M Sultan Abdul Aziz Shah Kajang Selangor).
3. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA -1991 (INSTITUTE CAHAYA MALAYSIA).
4. MENSA INSTITUTE OF ART DESIGN -1992.




Pengalaman, Jawatan dan Kejayaan Silat :

1. Guru Utama ke-2, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia. Pewaris Silat Malaysia yang di asaskan oleh Al-Marhum Tn. Hj. Anuar Hj. Abd. Wahab (AMN)
2. Ahli Majlis Perguruan PSGFM
3. YDP Silat Malaysia (SSM)
4. YDP Pesaka Sandakan, Sabah
5. Pengerusi Kelab Fatani Belia Sabah (KFBS)
6. Setiausaha, Majlis Jurulatih PSGFM (Mantan)
7. Penasihat, Pusat Cemerlang Silat (PCS)
8. Guru Silat, Silat Malaysia PSGFM
9. Program khas Silat di School Of Silat, 5 Negara di Eropah.




Kursus yang dikendalikan:

- Kursus Kejurulatihan Sikat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Teknikal Perwasitan Silat Melayu (Pertandingan)
- Kursus Silat Seni Solo dan Senjata (PCS)
- Kursus Silat Olahraga, Teknikal dan Perwasitan SOR
- Bengkel Motivasi Silat Untuk Pelajar Sekolah (Pangkor)



Kelas Silat Malaysia :

- Kompleks Sukan Sandakan, Jln Sibuga Sandakan
- Kompleks Sukan Putatan, Kota Kinabalu
- S.R.K Sungai Anib 3, Sandakan
- S.M.K Elopura 2, Sandakan.

(Kita doakan semoga Guru Aminuddin Anuar dapat melaksanakan tugas berat ini dengan penuh sabar dan tekun seperti mana hasrat yang diutarakan oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN. Amin)


      2. Allahyarham Anuar Abdul Wahab (1945-2009)



              Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab AMN mula melibatkan diri dalam silat sejak tahun 1957. Pada tahun 1976 beliau diangkat secara rasmi sebagai Guru Utama PSGFM dengan persetujuan para Guru Tua yang mewakili kumpulan peringkat negeri, mereka ialah En.Embung Abdullah (Selangor), Tn.Hj.Imam Mansor Ismail (Perak), Tn,Hj,Mohamad Ali (Kedah) dan Tn.Hj.Ramli Syeikh Abd.Rahman (anak pengasas perguruan).
              Kerjasama para Guru Tua menjadikan beliau mahir dalam selok belok rahsia perguruan ini dan akhirnya beliau berjaya membangun dan mengembangkan perguruan ini diperingkat Malaysia dan antarabangsa.
              Beliau dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor (23hb.12.1945). Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Sekolah Menengah Kebangsaan Sabak Bernam dan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur.Memiliki pendidikan Diploma Pengajian Islam (UKM), Sarjana Muda Kepujian (USM) dan Sarjana (UKM). Beliau telah membawa beberapa kejayaan kepada PSGFM antaranya seperti :

1. Mengasaskan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan mendaftarkannya pada 19hb. September 1976. 
- Perguruan ini dapat menyatukan pengamal silat dan para guru silat aliran silat Melayu dari kumpulan Syeikh Abd.Rahman Tohir dan lain-lainnya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut di bawah satu penguruan.

2. Beliau telah berjaya memertabatkan silat Melayu atau tempatan setanding dengan perguruan pencak silat, seni beladiri dan seni mempertahankan diri yang datang dari luar.
- Kejayaan ini adalah hasil dari meningkatkan kaedah pedidikan silat tradisi gelanggang bangsal kepada menggunakan Kurikulum silat yang telus dan setara yang mengekalkan keaslian silat Melayu.
Di antara hasilnya adalah:

- Juara keseluruhan dalam kejohanan Kejuaraan Silat Kebangsaan (1991, 1992, 1994 & 1995)
- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di 1st International Martial Arts Games (IMGC) di Pyongyang Korea Utara (September 2004)
- Juara dalam kategori Persembahan Kumpulan di World Kung Fu Wusyu Championship Perugia Itali (13-15 Mei 2005) 

Kejuaraan IMGC ini disertai oleh 40 negara daripada 14 jenis seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Lantaran itu, PSGFM telah berkembang di beberapa negara seperti Perancis, Austria, Switzland, German, New Celdonean, Ireland, Norway, Thailand dan lain-lain.

3. Penglibatan beliau dalam Pesaka ialah membawa PSGFM menjadi ahli bertaraf anggota badan pendiri Pesaka Malaysia. Selaku Ahli Dewan Perguruan PESAKA beliau berupaya turun padang secara langsung menjalankan tugas memberikan kepakaran beliau dalam:

- Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga (1984-2004)
- Kursus Jurulatih dan Wasit Juru Silat Seni (1991-2003)
- Mewujudkan Manual Jurulatih Silat Olahraga tahap I dan II
- Melatih Pasukan Silat Olahraga dan Silat Seni peringkat antarabangsa
- Menghasilkan Jurus Wajib di Persilat (1996)
- Pengerusi Teknik kejuaraan Silat Sedunia, Kuala Lumpur (1987)
- Pengerusi mewujudkan Muzik Silat  Baku Malaysia (1991)
- Pengerusi Senam Silat.
- Pengerusi, pengasas, penyusun dan penyampai Kurikulum Silat kepada 200 Guru Silat dari pelbagai aliran perguruan di Malaysia (2002-2005). 

Ketelusan beliau dapat dilihat ketika memberikan ilmu, kemahiran dan pengamalan kepada peserta latihan, program, bengkel dan kursus silat.


4. Penulisan

- Buku Silat Olahraga,`Kuala Lumpur, Dewan bahasa dan Pustaka 1987.
- Buku Teknik dalam Silat  Melayu, `Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka 1992
- Menulis Kurikulum Silat, Sukatan Pelajaran, Rancangan Mengajar, Ujian Penilaian Silat untuk Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka)
- Menulis dalam Majalah Silat seperti Majalah Pendekar dan Majalah Seni Beladiri Menulis buku bertajuk `SILAT’ sebagai huraian Rancangan Mengajar Silat berdasarkan Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk rujukan guru, jurultih dan pelajar Silat (untuk tujuan percetakan).
- Buku Silat, Sejarah Perkembangan Kurikulum Silat MelayuTradisi kepada Pembentukan Kurikulum Silat Malaysia Moden (2008)



5. HASRAT

Hasrrat beliau adaaah untuk membangunkan silat iaitu Silat Melayu iaitu silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).
Tujuannya untuk memperlihatkan Malaysia mempunyai silat asli versi Malaysia bagi mengukuhkan pengiktrafan bahawa SILAT SEBAGAI BELA DIRI RASMI MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM AKTA WARISAN NEGARA (SUDAH TERCAPAI PADA TAHUN 2002).
Ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara SILAT di dunia (disambung oleh Guru Utama II PSGFM, Guru Aminuddin Anuar).


   3. Tn. Guru Nizam bin Sharpie





                Guru Dr Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Kejurulatihan (UWIC, United Kingdom), Sarjana Sains Sukan (UiTM, Malaysia) & Ijazah Sarjana Muda Sains (UKM, Malaysia). Silat Jurulatih Dunia Diiktiraf, adalah atas silat guru antarabangsa yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam seni latihan mempertahankan diri (Kardi).Melalui pusat latihan Pusat Cemerlang Silat Malaysia, beliau menarik minat ramai pelajar silat antarabangsa untuk dilatih dan menguasai silat dengan berkesan. Dalam tempoh 5 tahun yang lalu, beliau telah memberi tumpuan kepada penyelidikan dan kajian dalam bidang kejurulatihan silat. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 tali pinggang hitam kepada pelajar di bawah pusat latihan.Beliau membaca berpuluh-puluh artikel seni mempertahankan diri dan mendaftar untuk ebook ini percuma dan surat berita.Beliau yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam berpendapat bahawa kajian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang berminat untuk melakukan kajian dalam bidang ini. Sumbangan beliau ini amat besar nilainya kepada bangsa dan agama dalam memertabatkan silat sebagai bela diri utama Malaysia..

TENTANG TUAN GURU NIZAM

Beliau memulakan pembelajaran Silat ketika umur beliau 11 tahun οld . beliau telah bergurukan Grandmaster Persatuan Seni Gayung Fatani Malaysia - Anuar Abdul Wahab Guru Aminuddin Hj. Anuar. Kedua-dua daripada mereka adalah fаntаѕtіс dan hebat dalam memberikan pengajaran penuh dalam dan luar atau dengan makna lain untuk menjadi   seorang pendekar

Sesungguhnya , beliau belajar daripada permulaan sehingga beliau mencapai Belt Hitam dalam tahun 1997. Tetapi masih mengamalkan sehingga hari ini terutamanya dalam penyelidikan sains Silat dalam alam semula jadi аnd sukan.

Pada tahun 1997 sehingga tahun 2007 beliau bermula dalam industri kejurulatihan dalam sekitar Kuala Lumpur, Kajang, Ampang, Putrajaya, Semenyih dan Cyberjaya ditubuhkan kepada pesilat kelas yang lebih rendah untuk meningkat kepada peringkat atas .

Beliau telah menubuhkan pusat latihan silatBersama-sama dengan Cikgu Shahiid dikenali sebagai ' Pusat Cemerlang Silat, Kajang ' aka PCS pada tahun 2002 Ini adalah permulaan era baru untuk menjadi lebih professional dalam pendidikan silat bertaraf dunia

Sokongan penuh daripada Grandmaster dan lain jurulatih daripada Seni Gayung Fatani Malaysia Persatuan telah membantu mereka dalam menimba pengalaman dalam penjenamaan Silat dalam sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Ini juga telah menarik minat  pelawat lain di seluruh dunia dalam membuat dokumentasi , latihan, seminar atau penggambaran mengenai Silat.

Berikut adalah beberapa  kelas yang beliau tubuhkan bersama-sama dengan rakan kongsi beliau Cikgu Shahiid :...

§  Dato’ Onn College – Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi (university level)
§  Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur (university level)
§  Kolej Professional Mara, Baranang (university level)
§  SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (secondary school level)
§  SMK Taman Maluri, Kuala Lumpur (secondary school level)
§  Semarak Elementary School, Kuala Lumpur (private school)
§  SMK Pandan Mewah, Ampang (secondary school level)
§  SK Cheras Indah, Ampang (primary school level)
§  SK Taman Muda, Ampang (primary school level)
§  SMK Cheras Jaya, Balakong (secondary school level)
§  SAM Batu 10, Kajang (secondary school level)
§  SMA Persekutuan, Kajang (secondary school level)
§  SK Seri Sekamat, Kajang (primary school level)








 "PROGRAM ANAK PERMATA"